comscore
Tumpuan :
Nasional

Jangan seleweng maksud sedekah – Saarani

FOTO: NSTP

IPOH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meminta makna ‘sedekah’ tidak diselewengkan ketika musim pilihan raya dengan niat mengikat hati pengundi.

Menteri Besar Perak berkata, bersedekah adalah khusus bagi membantu golongan memerlukan, namun mestilah bukan terhad kepada musim pilihan raya semata-mata.

“Kalau tiba-tiba musim pilihan raya pula (baru) hendak berbudi, itu bukan sedekah yang terpuji. Itu menyalah gunakan perkataan sedekah.

“Sekarang ramai pelajar dan mahasiswa di universiti yang susah hingga tak cukup makan. Jadi mana-mana parti politik berilah bantuan kepada mahasiswa terbabit. Jangan tunggu masa dekat pilihan raya baharu nak beri tambang balik.

“Janganlah anggap rakyat Malaysia tak reti (tahu) sangat maksud sedekah,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Perasmian dan Pelancaran Projek Piccadilly @ Greentown di sini, hari ini yang disempurnakan Raja di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak, berkata setakat ini UMNO negeri tidak menerima sebarang laporan mengaitkan calonnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) memberi sebarang bentuk sumbangan kepada pengundi bagi meraih undi.

Jika terdapat calon sedemikian dikesan orang ramai, beliau meminta aduan disalurkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tindakan sewajarnya.

Loading...
Terkini