comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Muhammad Akil selamat dikebumikan

NURAIN menyiram air mawar ke pusara anaknya, Muhammad Akil. FOTO: NSTP

BALING: Jenazah Muhammad Akil Syauqi, kanak-kanak yang meninggal dunia selepas makan keropok yang mengandungi racun tikus, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, di sini, malam ini.

Terdahulu, jenazah kanak-kanak itu dibawa ke rumah neneknya di kampung berkenaan dari Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).

Jenazah Muhammad Akil Syauqi kemudian dibawa ke Surau Lebai Ahmad, Kampung Banggol Berangan pada 8.40 malam untuk disembahyangkan.

Jenazah kanak-kanak itu kemudian dibawa ke tanah perkuburan itu dan selamat dikebumikan pada 9.45 malam.

Turut kelihatan, ibu arwah, Nurain Hasnorizal, 25, dan ahli keluarga serta kira-kira 300 sahabat handai.

Sementara itu, datuk arwah, Hasnorizal Ab Wahab, 46, ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana segala urusan pengebumian cucunya selesai dan reda dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun ibu kanak-kanak itu enggan ditemubual media.

Media sebelum ini melaporkan, dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun kritikal selepas makan keropok yang mengandungi racun tikus yang digantung pada dawai pagar kawasan kebun milik jiran mereka di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Ahad lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini