comscore
Tumpuan :
Nasional

JKM akan dapatkan perintah jaga 4 beradik ditinggalkan di pondok pengawal

IPOH: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memohon perintah mahkamah bagi hak penjagaan sementara empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Iskandar, minggu lalu.

Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin, berkata ia sementara pihaknya mengesan ibu bapa semua kanak-kanak berkenaan.

“Pihak polis masih mengesan ibu bapa dan keluarga kanak-kanak berkenaan. Pada masa sama, JKM memberi tumpuan kepada perlindungan dan pemeliharaan kanak-kanak itu.

“JKM juga akan bekerjasama dengan pihak polis bagi tujuan pengesanan ahli keluarga mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nor Tipah berkata pemeriksaan kesihatan  terhadap empat beradik itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun,  mendapati mereka berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang kesan kecederaan fizikal.

Empat beradik iaitu dua lelaki berusia 11 dan tiga tahun, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun serta bayi lelaki berusia 10 bulan itu dijumpai ditinggalkan di kompleks berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah dilaporkan berkata, maklumat berhubung kejadian itu diterima menerusi pegawai JKM daerah pada jam 5.39 petang.

Berdasarkan keterangan diberikan, empat beradik malang itu ditinggalkan di kawasan berkenaan oleh seorang wanita yang menaiki  kereta jenis Toyota. – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini