comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kabinet tidak pernah bincang permohonan pengampunan diraja Najib – Loke

 

Oleh: Afrina RomziPUTRAJAYA: Permohonan pengampunan diraja oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan isu pengampunan itu adalah pendirian UMNO sebagai parti politik dan bukan pendirian kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Foto NSTP

“(Permohonan pengampunan) Bukannya pendirian kerajaan. Ia tidak pernah dibawa ke kabinet. Jadi itu bukan pendirian kabinet, tetapi pendirian parti. Pengampunan ini dari segi proses, sesiapa sahaja selepas disabitkan kesalahan boleh memohon pengampunan. Itu adalah proses biasa, dan adil kepada semua pihak,” katanya pada sidang media di Kementerian Pengangkutan hari ini.

Loke yang juga Setiausaha Agung DAP meminta orang ramai menaruh kepercayaan kepada proses pengampunan itu, serta kebijaksanaan yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan yang terbaik.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib.

Beliau didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Loading...
Terkini