comscore
Tumpuan :
Nasional

Kastam gagalkan cubaan seludup lebih 300,000 batang rokok kretek 

Foto: NSTP

TAWAU: Kastam Sabah,menggagalkan cubaan menyeludup masuk 384,000 batang rokok kretek di kawasan persisiran Pantai Cowie Bay, Batu 2 Jalan Apas, di sini Selasa lalu.

Ke semua rokok kretek pelbagai jenama itu, dengan jumlah cukai bernilai RM261,120.00.

Penolong Ketua Pengarah Kastam, Zon Sabah, Mohd Nasir Deraman berkata, rampasan dilakukan susulan maklumat dan risikan oleh Cawangan Penguatkuasaan JKDM Tawau, kira-kira 9.15 malam.

“Hasil pemeriksaan di kawasan pesisir pantai berkenaan telah mengesan longgokan kotak dalam keadaan yang mencurigakan ditinggalkan di kawasan terbabit.

“Setelah diperiksa di dalam kotak terbabit mengandungi rokok kretek pelbagai jenama disyaki cuba diseludup masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di daerah ini,” katanya pada sidang media di sini, pagi ini.

Mohd Nasir berkata, pihaknya masih mengesan pemilik barang berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Jelas beliau, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau dipenjarakan tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Dalam pada itu katanya, sepanjang tahun ini JKDM Sabah telah berjaya membuat rampasan (591 Kes), dengan 571 kes berkaitan rokok kretek denan nilai rampan lebih RM1 juta membabitkan nilai cukai sebanyak RM6.3 juta selain tangkapan seramai 17 suspek.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

“Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” katanya.

Loading...
Terkini