comscore
Tumpuan :
Nasional

KDN nafi pengurusan atasan FAM sasaran serangan seterusnya

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal menjadi sasaran dalam serangan seterusnya, selepas insiden ke atas tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim.

Ia susulan pendedahan seorang individu di media sosial yang mendakwa selain pemain-pemain bolasepak kebangsaan, beberapa orang berjawatan dalam persatuan itu bakal menerima nasib yang sama.

“Tidak, saya nak pergi jumpa Faisal,” ujarnya ringkas ketika ditemui di Majlis Santapan Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De’ Seri Endon PUSPANITAPURI, tengah hari tadi.

Dalam pendedahan itu, individu terbabit turut memaklumkan, serangan seterusnya berkemungkinan lebih dahsyat, termasuk insiden tembak.

Ahad lalu, Faisal Halim diserang dua individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami kecederaan teruk selepas disimbah asid.

Terdahulu pada Khamis, pemain kebangsaan dan juga Terengganu FC, Akhyar Rashid diserang sebelum disamun di Kuala Terengganu, Terengganu.

Selepas serangan ke atas dua tonggak utama pemain kebangsaan itu, semalam kenderaan Safiq Rahim pula dipercayai menjadi sasaran selepas cermin keretanya pecah diserang dua individu menggunakan tukul besi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini