comscore
Tumpuan :
Nasional

Kemalangan maut di LPT1: Reman wanita yang melintas jalan, disambung 

TEMERLOH: Reman terhadap wanita yang ditahan susulan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) disambung hari ini.

Wanita itu ditahan reman selama dua hari lagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan tempoh tahanan reman disambung bagi melengkapkan siasatan.

Jumaat lalu, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah trak pikap yang memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba di Kilometer 98.6 LPT1, di sini.

Kejadian kira-kira 4 petang itu menyaksikan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang berada di laluan kanan membrek secara tiba-tiba bagi mengelak seorang wanita yang melintas jalan sebelum motosikal jenis Suzuki GSX R1000 merempuh trak pikap berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini