comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Gerimis iringi pengebumian anak syurga  ​​​​​​​

 

PETALING JAYA: Kira-kira 200 orang mengiringi perjalanan akhir anak syurga Zayn Rayyan Abdul Matiin yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara di sini, jam 7 malam ini.

Hujan gerimis menambah suasana pilu yang menyelubungi tanah perkuburan sebaik van jenazah tiba.

Kelihatan ahli keluarga, kenalan rapat dan jiran berada di tanah perkuburan.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Allahyarham Zayn Rayyan merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari.

Kehilangan kanak-kanak istimewa itu dilaporkan sejak tengah hari Rabu, di Damansara Damai.

Sejak itu, laporan mengenai kehilangan kanak-kanak lelaki ini menjadi perhatian umum.

Ramai yang berkongsi di media sosial dan mendoakan agar mangsa ditemui dengan selamat.

Namun kira-kira jam 10 malam semalam, mayat Zayn Rayyan ditemui dalam aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya selepas pencarian dilakukan dengan kerjasama polis dan kumpulan penduduk.

Mangsa ditemui terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman.

Lebih memilukan, bapa Zayn Rayyan dilihat sukar menerima berita penemuan menyedihkan itu dan pengsan beberapa kali.

Kawasan parkir apartmen berkenaan juga dipenuhi ratusan orang yang berkongsi kesedihan keluarga mangsa, sambil ahli keluarga dan jiran menenangkan ibu bapanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini