comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes pegawai kanan polis langgar pelajar: Saifuddin mahu polis diberi ruang lakukan siasatan

FOTO: NSTP

TAWAU: Polis perlu diberi ruang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes kemalangan membabitkan seorang pegawai kanan polis dan pelajar sekolah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan terhadap pegawai terbabit ditangani Polis Kontinjen Perak dan yakin ia dijalankan penuh tanggungjawab dan profesional mengikut undang-undang.

“Pada ketika yang sesuai apabila semua sudah selesai, pasukan polis akan memberikan perkembangan terkini berhubung siasatan dan langkah seterusnya.

“Saya juga ucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Ramah Mesra di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, hari ini.

Mengenai keperluan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Khas berhubung kes itu, beliau menegaskan supaya polis diberi ruang untuk melengkapkan siasatan.

“Mereka (Polis) sudah pun melakukan tangkapan dan membuka kertas siasatan, biar proses itu berlaku dahulu sebagai tanda kita mengakui bahawa itu memang tugas pasukan polis,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pegawai kanan polis terbabit direman bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitkan pelajar Tingkatan Lima berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di Meru.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini