comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes tembak di KLIA: Polis siasat cara suspek perolehi senjata


KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap suspek yang disyaki melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lalu, termasuklah cara lelaki itu memperoleh senjatanya.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan setakat ini 15 individu sudah dirakam keterangannya termasuk isteri dan pengawal peribadi yang tidak cedera bagi membantu siasatan.

“Kita (polis) sedang mengumpulkan maklumat daripada suspek termasuk bagaimana dia mendapatkan pistol jenis Glock 19 Austria bersama 32 peluru.

Datuk Hussien Omar Khan. – Foto fail NSTP

“Dalam proses lengkapkan siasatan untuk tuduhan atas kesalahan cubaan bunuh dan Akta Senjata Api,” katanya ketika dihubungi oleh Buletin TV3.

Media terdahulu melaporkan, suspek utama, Hafizul Harawi ditahan polis di Jalan Bayam, Kota Bharu, selepas 36 jam melarikan diri.

Hafizul, 38, disyaki mahu melarikan diri ke Makkah melalui Thailand berdasarkan rampasan yang dibuat polis membabitkan sejumlah wang tunai dalam mata wang asing Riyal dan Baht.

Polis turut merampas pistol jenis Glock 19 Austria bersama 33 biji peluru hidup, mercun bola, enam telefon bimbit, pasport serta empat keping kad pengenalan milik orang lain.

Suspek kini direman selama seminggu sehingga Isnin.

Penahanan reman suspek, 38, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini