KUALA LUMPUR: Kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, polis sudah merakam keterangan 27 individu setekat ini.
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar motif utama (kes) masih sama iaitu disebabkan hal peribadi.
“Kita akan menyambung reman suspek tujuh hari lagi selepas tempoh remannya akan tamat Isnin ini dan dijangka akan dituduh dalam masa terdekat.
“Sehingga hari ini, seramai 27 individu sudah dirakam percakapan termasuk isteri suspek.,” katanya kepada media ketika ditemui di Masjid Negara, di sini, hari ini.
Kata Hussein lagi, suspek yang pernah membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta di Kelantan, kerana ingin bekerja di Arab Saudi.
Siasatan polis tambahnya mendapati suspek membuat pemeriksaan di hospital terbabit seminggu sebelum kejadian tembakan itu.
Beliau berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk pertuduhan.
Dalam insiden jam 1.20 pagi Sabtu lalu, Hafizul Harawi, 38, melepaskan tembakan ke arah isterinya yang dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di balai ketibaan antarabangsa KLIA Terminal 1.
Bagaimanapun, tembakan itu terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi isteri suspek.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Tembak KLIA: Pengawal peribadi belum sedarkan diri
- Suspek kes tembak di KLIA mahu 7 peguam bela
- Polis sahkan isu peribadi dengan isteri kekal motif utama suspek kes tembakan KLIA
- ‘Saya akan beri kerjasama kepada pihak polis’
- Suspek kes tembakan di KLIA ditahan reman 7 hari
- Kes tembak di KLIA: Suspek disyaki guna pistol 9mm, dari negara jiran – KPN
- Tembakan di KLIA: Kereta digunakan suspek bukan didaftar atas namanya
- Tembakan di KLIA: Suspek ditahan di Kota Bharu
- [VIDEO] Tembakan di KLIA 1 cubaan bunuh, seorang cedera