comscore
Tumpuan :
Nasional

Kilang arak musnah dalam kebakaran 

KUCHING: Kilang memproses minuman keras di Jalan Tapah, Sibu, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam kira-kira jam 1 pagi itu, dua premis bersebelahan yang masing-masing dijadikan sebagai gudang penyimpanan minyak masak dan ais krim turut musnah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.17 pagi.

Berikutan itu, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dibantu 10 anggota BBP Sibu dikerah ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran itu menyebabkan kilang arak musnah sepenuhnya manakala gudang aiskrim dan gudang minyak masak masing-masing terbakar 5 peratus.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya operasi pemadaman tamat pada jam 5.30 pagi dan siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta menilai anggaran kerugian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini