comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KKM arahkan produk mi segera mengandungi Ethylene Oxide ditarik balik dari pasaran

 

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan arahan supaya pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai bagi batch berkaitan yang mempunyai tarikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran tempatan.

Langkah itu dilaksanakan bagi memastikan kawalan keselamatan makanan yang berterusan dan pemeriksaan semakan data dari Food Safety Information System of Malaysia, KKM juga mengesahkan bahawa terdapat kemasukan produk Mi Segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial keluaran negara Indonesia ke Malaysia.

Untuk itu, KKM telah mengeluarkan arahan untuk tindakan Tahan, Uji dan Lepas bagi produk Mi Segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial di semua pintu masuk negara dan meminta pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk terlibat dari pasaran.

Lanjutan daripada isu penarikan semula produk Mi Sedaap keluaran negara Indonesia yang mengandungi Ethylene Oxide pada tahun 2022, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan keselamatan makanan yang berterusan ke atas produk makanan berkaitan yang dijual di pasaran tempatan mahupun yang diimport.

Hasil pemantauan dari 2022 sehingga kini ke atas 36 sampel produk mi segera pelbagai jenama di pasaran tempatan, didapati 11 sampel produk Mi Sedaap mengandungi etilina oksida dan tindakan penguatkuasaan telah diambil.

Tindakan yang diambil termasuklah kompaun, tindakan mahkamah dan juga penarikan balik produk dari pasaran.

Loading...
Terkini