comscore
Tumpuan :
Nasional

KKM nafi pesara dikeluar dari IJN untuk jimat kos

Kenyataan balas yang dimuat naik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di aplikasi X.

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan laporan yang mendakwa pesakit yang terdiri dari golongan pesara dan penjawat awam dikeluarkan dari Institut Jantung Negara (IJN) dan dirujuk ke pusat jantung berhampiran kediaman mereka untuk mengurangkan kos.

Kenyataan balas yang dimuat naik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di aplikasi X menjelaskan, pesakit hanya dibenarkan keluar dari IJN apabila keadaan mereka stabil, dengan tempoh pemantauan sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun bagi dewasa dan setahun hingga dua tahun bagi kanak-kanak.

“Pesakit yang stabil ini kemudian kembali ke hospital kerajaan untuk penjagaan lanjut bawah Jabatan Kardiologi dan Kardiotorasik,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, Pendekatan strategik ini membolehkan kira-kira 4,000 pesakit baharu dirujuk ke IJN setiap tahun, sekali gus meningkatkan keberkesanan kos.

Kementerian menjawab satu surat disiarkan di portal kesihatan Code Blue semalam, di mana seorang pesara mendakwa dia terkejut kerana dimaklumkan akan dikeluarkan dari IJN walaupun menerima rawatan lanjut selama 25 tahun.

Pesara itu berkata beliau dimaklumkan IJN mengikut arahan KKM.

Menurut pesara itu lagi, pakar jantung memaklumkan kepadanya, IJN tiada pilihan memandangkan kerajaan sedang mengurangkan kos.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini