comscore
Tumpuan :
Nasional

Kolam selam tempur tak siap, KKR ambil tindakan wajar ikut SOP

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan meneliti projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing sebelum mengeluarkan denda.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, KKR akan mengambil yang wajar berdasarkan prosedur operasi standard.

“Tidak boleh sembarangan. Saya dah diberitahu pegawai, projek itu akan siap pada Jun. Sedikit lagi belum siap.

“Denda atau tidak saya belum dapat pastikan sekarang. Perlu disemak sebaik-baiknya, kita kena adil kepada semua pihak,” katanya selepas Majlis Interaksi dan Sambutan Aidilfitri Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di sini hari ini.

“Kita mengikut kontrak. Kalau dia (kontraktor) tuntut apa-apa kita, kena semak. Kalau patut dibayar kita bayar.

“Buat masa sekarang kita belum mendapat apa-apa rayuan daripada mereka. Sepatutnya, tidak ada (peningkatan kos),” katanya.

Terdahulu, KKR memberi jaminan akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini