comscore
Tumpuan :
Nasional

KPWKM perlu wujudkan prosedur untuk ibu bapa mendapatkan rakaman CCTV

Oleh : Amirulhakim Lokman 

PETALING JAYA: Saranan kerajaan untuk mewajibkan pengusaha TASKA supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV), disambut baik oleh Persatuan Pengusaha Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Negeri Selangor (PTNS).

Presiden PTNS  Mahanom BasriBagaimanapun Presidennya, Mahanom Basri berkata, kerajaan disaran menetapkan satu prosedur khusus kepada ibu bapa, apabila mereka memohon untuk mendapatkan rakaman (CCTV) dan bukan diberikan terus secara sewenangnya.

“Sangat bagus saranan oleh kerajaan ni saya bersetuju, ia memang dah satu syarat yang dimaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada pengusaha TASKA ni.

“Satu perkara yang kami selalu tekankan tentang rakamannya, ibu bapa bukan diberikan terus..bila nak sahaja terus bagi, tidak boleh macam tu. Kena ada prosedur.” katanya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan juga perlu memperjelaskan dengan lebih teliti berkenaan aspek pemasangan CCTV di taska.

“Oleh kerana (CCTV) ni perlu ada kos yang ditanggung membabitkan penyelenggaraan, syarat-syarat dan aspek teknikal serta pemasangan yang perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci supaya kita tahu bahawa bukan hanya sekadar pasang, kenyataan itu terlalu umum. Bukan semua ruang kena pasang, selain jumlah kamera, spesifikasi dan sebagainya”

“Kita juga berharap supaya Kerajaan ambil perhatian terhadap pusat TASKA yang kurang berkemampuan untuk memasang (CCTV). Oleh itu, Kerajaan jangan hanya sekadar mewajibkan tan memberikan sedikit peruntukan supaya saranan ini dapat sama-sama dipatuhi oleh pengusaha” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  Datuk Seri Nancy Shukri berkata (KPWKM) mungkin tidak akan memperbaharui lesen pengusaha taska yang tidak mematuhi syarat wajib  memasang (CCTV) di premis mereka.

Tegas beliau, syarat itu termaktub di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan akan meneliti untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha taska yang gagal mematuhi peraturan itu.

Loading...
Terkini