comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditemui mati tertiarap, disyaki mangsa bunuh

 

Foto hiasan

KLANG: Seorang lelaki ditemui mati tdalam keadaan meniarap dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Jaya, Kapar, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 11.39 pagi.

“Anggota polis menemui mayat seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dalam keadaan meniarap di hadapan bilik tidur.

“Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), empat orang lelaki dikesan masuk ke rumah berkenaan dengan bersenjatakan parang dan ‘taser gun’.

“Seorang lagi suspek menunggu dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di hadapan rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, motif kejadian masih dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini