comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] LHDN perlu buru golongan ‘Maha Kaya’

FOTO: Anwar Ibrahim/Facebook

Oleh Fahiz Ariff

KUALA LUMPUR: Golongan konglomerat serta pemilik syarikat-syarikat besar perlu diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri, (LHDN), bagi mengelakkan cubaan culas membayar cukai dikalangan mereka berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peringatan sama pernah disuarakannya sewaktu menggalas jawatan Menteri Kewangan sebelum ini yang mana setiap orang wajib membayar cukai tanpa dikecualikan sesiapa pun.

“Sebelum ini, saya pernah dimaklumkan oleh kakitangan Jabatan Hasil Dalam Negeri (sebelum diangkat menjadi Lembaga), bahawa masalah paling sukar mereka hadapi ialah tokoh-tokoh besar termasuk orang kenamaan enggan bayar cukai.”

“Agak aneh apabila sebuah negara merdeka berdaulat yang mempunyai peraturan, tetapi golongan maha kaya enggan bayar cukai.”

“Jadi, saya keluarkan kenyataan yang menyatakan supaya pegawai-pegawai jabatan ini memastikan setiap orang wajib bayar cukai tanpa kecuali, termasuk 10 orang jutawan terkemuka negara yang didapati enggan atau tidak membayar sepenuhnya cukai sepenuhnya,” ujarnya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Hasil 2023, di Menara Hasil, Cyberjaya, malam tadi.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan warga LHDN agar tidak terjerumus dalam gejala rasuah demi menjaga imej lembaga itu.

“Negara kita ini umumnya sudah terkenal dengan rasuah yang terlalu menjalar.”

“Rasuah itu sudah sistemik, pemimpin politik memunggah kekayaan, kesan itu terlalu ramai, maka harus ada permulaan yang tegas untuk menyelamatkan bangsa dan negara kita daripada kebobrokan sistem yang merosakkan dan ianya bermula daripada kita”, katanya.

Loading...
Terkini