comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mayat dalam kereta ditemukan bersama nota

PETALING JAYA: Pengunjung tapak jualan but kereta di Damansara dikejutkan dengan penemuan mayat dalam sebuah kereta di kawasan itu, semalam.

Kejadian itu disedari selepas mereka terhidu bau kurang menyenangkan, ketika berada di sekitar kawasan berkenaan.

Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah kereta yang diparkir berhampiran kawasan tapak jualan but kereta di Damansara, pagi semalam. – Tangkap layar aplikasi X

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan pengunjung mengerumuni kenderaan terbabit setelah mengetahui apa yang berlaku.

“…ada bau busuk. Ingatkan najis haiwan je. Tapi dari jauh dah bau ye.

“Lepas tu ada orang nampak lelaki terbaring dalam kereta dan kembung macam belon. Ada copy ic di depan kereta dia,” katanya.

Seorang saksi pula mendakwa, terdapat sekeping nota ditinggalkan dalam kereta terbabit.

“Tolong hubungi abang atau kakak saya,” menurut nota berkenaan.

Ada juga dakwaan mengatakan mayat berkenaan berada di situ sejak tiga hari lalu, namun baru disedari semalam.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Loading...
Terkini