comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] MB Selangor baharu angkat sumpah Isnin

 

KLANG: Sultan Selangor memberi perkenan bagi Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor, Isnin ini.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office, istiadat berkenaan akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, pada 11 pagi.

Foto: Selangor Royal Office/Facebook

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor juga akan berlangsung pada hari sama, jam 2 petang.

Semalam, Menteri Besar Sementara (Caretaker), Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyerahkan senarai berkenaan kepada Istana Selangor.

Amirudin dilapor berkata, pengumuman mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu akan dilakukan pihak istana.

Loading...
Terkini