comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Media Prima mengungguli anugerah Hadiah Kewartawanan MPI-Petronas 2022

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) berjaya merangkul anugerah-anugerah utama sempena Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2022 di sini malam ini.

Harian Metro mengungguli kategori Anugerah Kajai menerusi laporan siri laporan Yusmizal Dolah Aling yang bertajuk ‘Terima Kasih Laoshi’, ‘Hadiah Raya Paling Bermakna’, ‘Rohana Abdullah kini warga Malaysia’ dan ‘Sanjung Budi Laoshi’.

Penolong Pengarang Berita Harian Metro itu membawa pulang wang tunai RM30,000 trofi serta sijil.

Bagi Kategori Berita Video Terbaik kejayaan memihak kepada TV3 melalui wartawannya, Juliana Sharin dan jurukamera, Mohd Jufri Judin menerusi laporan ‘MY-ONLINE Pasport Sistem Mundur?’ yang membawa pulang RM10,000, sijil berserta trofi.

Pemenang gangsa bagi anugerah itu turut dirangkul oleh TV3 melalui wartawannya, Mas Zharif Zhafri Abdul Azid dan jurukamera, Syazwan Kamal Ahmad Shazli menerusi laporan ‘Prosedur Pemeriksaan Kes Kematian Disyaki Akibat Vaksin & Hentikan Dakyah Tidak Benar’.

Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Abd Karim pula menang emas Kategori Laporan Berita Cemerlang dengan laporan bertajuk ;Mossad Behind KL Abduction’ dan ‘Smoking Out Spooks’.

Manakala bagi anugerah Kategori Dokumentari Video Terbaik, Majalah 3 melalui wartawan Christine Lee Mei Chin dan jurukamera Mohd Zahril Abdullah merangkul anugerah emas dengan membawa pulang RM10,000, sijil berserta trofi.

Dalam pada itu, Pengerusi Malam Wartawan Malaysia, Datuk Dr. Chamil Wariya mengumumkan, Petronas telah menyatakan persetujuan untuk terus menjadi penaja utama Hadiah Kewartawan Malaysia (HKM) bagi tiga tahun akan datang.

“Terdapat pertambahan kategori baharu untuk penyertaan radio dan televisyen yang akan diumumkan butirannya kemudian,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di ibu negara.

Loading...
Terkini