comscore
Tumpuan :
Nasional

MoU UPSI, CXS Analytics tingkat kebolehpasaran

Md Amin (tiga dari kiri) bertukar dokumen dengan Jonathan selepas menandatangani MoU di Fakulti Pembangunan Manusia, Kampus Sultan Azlan Shah. -FOTO: Ihsan UPSI

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan CXS Analytics Sdn. Bhd. (CXS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini bagi menjalin kerjasama dalam meningkatkan aspek kebolehpasaran graduan.

Majlis MoU yang diadakan di Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Kampus Sultan Azlan Shah UPSI menyaksikan UPSI diwakili Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff dan manakala CXS diwakili, Pengarah Eksekutif, Jonathan Jaya Sudhir.

Jonathan dalam ucapannya berkata CXS adalah syarikat yang bekerja untuk TalentCorp iaitu anak syarikat Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam membina MyNext Portal.

Beliau berkata MyNext Portal menjadi jambatan antara pendidikan dan kebolehpasaran graduan dengan menghimpunkan pelbagai instrumen misalnya penilaian personaliti, minat, keupayaan kognitif, kepimpinan, gaya dan bakat.

Platform ini, katanya, menguruskan maklumat yang boleh digunakan oleh mahasiswa, universiti dan majikan dalam penentuan kerjaya pada masa hadapan.

Menurut beliau projek CXS akan memperkukuh industri `profiling’ yang mengumpulkan semua maklumat berkaitan mahasiswa melangkaui maklumat asas diri mahasiswa semata-mata.

Sementara itu, Md Amin berkata UPSI menyokong projek CXS dan TalentCorp menerusi penyediaan instrumen-instrument yang diperlukan oleh CXS dalam MyNext Portal.

Dengan termeterainya MoU ini, UPSI menjangkakan lebih banyak projek perundingan berkaitan instrumen pengukuran dan penilaian yang akan dilaksanakan dengan CXS.

Beliau yakin kerjasama UPSI dan CXS ini akan dapat memastikan bahawa MyNext Portal kendalian TalentCorp terus menggunakan instrumen yang sah dan boleh dipercayai.

Menurut beliau, UPSI yang mempunyai sembilan fakulti dan pusat-pusat kecemerlangan berpotensi menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh industri seperti CXS. Selain itu, UPSI juga kemudahan seperti penginapan untuk menjalankan program latihan dan seminar.

Projek perundingan dengan CXS yang diketuai oleh Dr. Hazalizah Hamzah dari Jabatan Psikologi Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), berjaya menterjemah dua buah instrument iaitu International Personality Item Pool (IPIP) dan instrument untuk mengukur minat kerjaya iaitu RIASEC (Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising, and Conventional) dengan menggunakan teknik back-to-back translation.

Hazalizah berkata bagi projek kedua, pasukan UPSI sedang membina CXS Cognitive Ability Assessment yang dibuat dalam dwi bahasa.

Katanya, sejumlah 10 set Penilaian Keupayaan Kognitif dalam Bahasa Melayu dan 10 set Cognitive Ability Assessment dalam Bahasa Inggeris yang setiap satu set mengandungi 50 item.

Loading...
Terkini