comscore
Tumpuan :
Nasional

Murid, guru dibenar terus pakai baju sukan elak komplikasi cuaca panas

Foto ; NSTP

KOTA BHARU: Murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan boleh terus memakai pakaian atau baju sukan susulan cuaca panas ketika ini.

Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, kebenaran khas itu bergantung kepada keadaan cuaca dan diberikan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

“KPM tidak membuat keputusan sendiri, kita dibantu dan mendapat pedoman dari KKM (Kementerian Kesihatan) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang sentiasa memantau cuaca dan suhu untuk pastikan kita dapat meneruskan aktiviti bersama pelajar.

“Langkah ini juga supaya kejadian tidak diingini boleh dihalang dan dicegah,” katanya selepas Jerayawara Pendidikan Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Menteri Pendidikan, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Fadhlina turut melancarkan Pakej Guru EL30 dan M40 iaitu kerjasama strategik Yayasan Didik Negara (YDN) dan CelcomDigi.

Pada 3 Mei lalu, KPM memberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

KPM turut memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.

Loading...
Terkini