comscore
Tumpuan :
Nasional

Myvi terjunam dalam parit, warga emas maut

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Seorang warga emas terbunuh selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam parit sedalam tujuh meter di Jalan Air Putih di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 12:35 pagi ketika mangsa memandu dari arah Beserah ke Semambu.

Jelasnya, siasatan awal polis mendapati, ketika tiba di Persimpangan Jalan Air Putih 2 dan Jalan Air Putih 5, pemandu kereta terbabit dipercayai hilang kawalan.

“Akibatnya kereta dipandu warga emas terbabit terbabas ke dalam parit dengan kedalaman lebih kurang tujuh meter,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Akibat kemalangan itu, Perodua Myvi dipandu warga emas terbabit remuk dan mangsa Cheong Chee Seng, 64, maut di tempat kejadian.

Menurutnya, kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini