comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas BK160 Gabriel: Jasad Roshaan selamat tiba di kediaman keluarga

ISKANDAR PUTERI: Jasad mangsa tragedi pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Roshaan Singh Raina, 43, selamat tiba di kediaman keluarganya di Sunway Bukit Lenang, di sini pada jam 9.50 malam hari ini.

Keluarga mendiang turut berkongsi rasa dukacita dan rasa rindu. 

Majlis persemadian mendiang dijangka akan bermula jam 10 pagi esok sebelum dibawa ke krematorium di Jalan Kebun Teh pada jam 12 tengahari.

Dalam tragedi yang berlaku semalam, mengikut manifest (senarai penumpang dan anak kapal) yang didaftarkan, mangsa yang terbunuh ialah juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina, 42.

Hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian adalah daripada pelbagai kecederaan akibat pesawat terhempas dan hasil pemeriksaan cap jari terhadap dua mangsa (mengesahkan) mangsa adalah Daniel dan Roshaan.

Punca nahas masih dalam siasatan, dan jasad kedua-dua mangsa nahas dituntut keluarga masing-masing petang tadi selepas proses bedah siasat selesai.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini