comscore
Tumpuan :
Nasional

Najib positif COVID-19, dirawat di hospital

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19, Selasa lalu.

Jurucakapnya, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan Najib, 70, berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di hospital.

Beliau berkata, Najib dikejarkan ke hospital dari penjara selepas mengadu demam.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan  mengekalkan sabitannya bagi kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini