comscore
Tumpuan :
Nasional

PAS minta penyokong bertenang

PETALING JAYA: PAS meminta ahli dan penyokong parti itu untuk berada dalam keadaan bertenang dan menghormati proses perundangan.

Dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti memaklumkan pihaknya akan memantau perkembangan kes yang melibatkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang ditahan oleh pihak PDRM untuk didakwa di mahkamah hari ini.

Pagi tadi, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara.

Artikel berkaitan : MB Kedah ditahan polis 

Beliau ditahan sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan Bahagian Jenayah Gangsterim (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Muhammad Sanusi akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang, pagi ini, bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan.

Loading...
Terkini