comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRK JOHOR : PAS keluar PR bukan sebab hudud atau negara Islam, dedah Mat Sabu

PETALING JAYA: Dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mengatakan PAS berpisah dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana isu hudud dan negara Islam adalah satu pembohongan semata-mata.Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, isu negara Islam selesai pada 2008 apabila PAS bersetuju menggantikannya dengan negara berkebajikan ketika kedua-duanya mengadakan kerjasama.

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu. Foto fail NSTP

“Hadi tak cerita yang ini, iaitu DAP minta negara Islam tidak boleh disebut dan PAS bersetuju ganti negara Islam dengan negara berkebajikan atau negara yang adil. PAS sanggup gugur negara Islam dan diganti dengan kerajaan berkebajikan. Ada tak pemimpin PAS beritahu hal ini? Kenapa dia sembunyi fakta ini?.

“Menjelang PRU2013, isu hudud bergema di Malaysia dan pemimpin PR mengadakan perbincangan, akhirnya keputusan ‘agree to disagree’ (bersetuju untuk tidak bersetuju) dicapai, kita teruskan kerjasama dengan yang bersetuju bersama banyak perkara, yang tidak bersetuju satu, dua perkara, antaranya hudud.

“Bercerai dengan DAP tidak melalui perbincangan bukan masalah hudud tapi mereka ke arah nak bersama UMNO, meninggalkan DAP dan PKR,” kata bekas timbalan presiden PAS itu dalam ceramah kelompok di PRK Simpang Jeram, malam tadi.

Beliau berkata PAS kemudiannya bertindak memutuskan hubungan dengan DAP melalui muktamar pada 2015 walaupun tanpa perbincangan panjang.

“Tapi presiden PAS kata DAP tolak negara Islam sebab itu pecah…tapi dia tok guru dia cakap kamu percaya.

“Bila ulama cakap tak benar orang terima tapi bila kita cakap, orang biasa tak terima kerana saya kononnya tidak berilmu,” kata Mohamad.

Pada ceramah di markas PAS Bakri Sabtu lalu, Hadi berkata tindakan segelintir ahli dan bekas pemimpin parti itu menubuhkan Amanah kerana takut kalah pilihan raya.

PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS ditubuhkan pada 2008 berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di parlimen ketika itu selain menawan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak.

Bagaimanapun, gabungan itu terkubur tujuh tahun kemudiannya susulan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.-FMT

Artikel berkaitan : PRK JOHOR: ‘Saya akan dedah satu persatu pembohongan Haji Hadi’ – Mat Sabu

Loading...
Terkini