comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur digempur, 108 PATI ditahan

Oleh: Ing Boon Seng

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur Pasar Harian Selayang, Kuala Lumpur bagi membanteras pelbagai jenayah serta aktiviti tidak sihat di kawasan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata seramai 108 pendatang tanpa izin ditahan atas pelbagai kesalahan.

Menurut beliau, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) melancarkan Operasi Khas Op Taring II dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membabitkan 465 pegawai serta anggota.

Seramai 213 orang warga asing diperiksa dan hasilnya 104 lelaki dan 4 wanita ditahan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa.

Jelas Datuk Allaudeen, pihak polis dibantu pelbagai agensi lain akan terus menjalankan operasi khas seperti ini di masa akan datang.

Loading...
Terkini