comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumpa bom bawah katil

Dua butir bom mortar tidak aktif dijumpai dalam sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman RPA Mata Ayer, Arau. Foto: NSTP

ARAU: Seorang pekerja pembersihan terkejut apabila menemui dua bom mortar ketika membersihkan sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Rancangan Perumahan Awam (RPA), Mata Ayer, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, kedua-dua bom berkenaan ditemui di bawah sebuah katil dalam bilik berkenaan, kira-kira jam 7 malam.

Beliau berkata, pekerja berkenaan kemudian mengalihkan bom itu dengan meletakkannya di kawasan lapang berhampiran Dewan Orang Ramai taman perumahan itu.

“Dia kemudian bertindak menghubungi polis memaklumkan berkaitan penemuan bom mortar berkenaan sebelum anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perlis bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati bom mortar 81milimeter Illuminating iaitu ‘Practice Inert Bomb’ atau dummy yang digunakan untuk latihan berada dalam keadaan berkarat dan sudah tidak aktif lagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mohsin berkata, rumah berkenaan milik pesara tentera yang meninggal dunia pada 2013 lalu dan sudah tidak dihuni.

Warisnya mengarahkan sebuah syarikat untuk membersihkan rumah berkenaan disebabkan kediaman itu akan dijual.

Katanya, tiada sebarang ancaman keselamatan dikesan dan kerja pemusnahan bom mortar itu akan dilaksanakan, lewat petang ini.

Loading...
Terkini