comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pelaksanaan PADU tidak bermotifkan politik

 

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan memberi jaminan, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tidak akan digunakan sebagai bahan kempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menegaskan, ia kerana terdapat beberapa terma dan syarat dalam proses pengurusan maklumat berkenaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melawat ke Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat di tapak parkir PPR Kerinchi. – Foto: NSTP

“Ia (data PADU) tidak boleh disalahguna, saya percaya jika sebelum ini ada pihak yang menyalahguna tetapi kita tidak berhasrat untuk melakukan perkara sama.

“Cara kita berkempen berbeza, insya-Allah tidak akan menyalahgunakan, tapi fungsi PADU adalah untuk memberi rakyat peluang bagi memasukkan data secara ‘near real time’ (terkini).

“Untuk sistem ini mengumpulkan data selain daripada agensi, ia juga daripada rakyat dan sebenarnya sistem PADU boleh mengumpulkan (data) daripada semua agensi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kritikan aktivis politik yang berharap data yang dikumpulkan dalam sistem berkenaan tidak akan dieksploitasi untuk PRU16.

PADU yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu adalah sejajar dengan pendekatan transformasi digital negara agar penyasaran semula subsidi dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Malah Datuk Seri Anwar berkata, dengan adanya sistem maklumat bersepadu itu akan menjamin bantuan dan subsidi dapat dinikmati mereka yang berhak.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini