comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Kelantan sokong PADU, sedia beri kerjasama

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan ketika ditemui selepas Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Penjawat Awam 2024 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Kota Darulnaim hari ini. FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyokong dan akan memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan untuk menjayakan Sistem Pangkalan Data Utama, PADU. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata kerajaan negeri akan menyelaraskan pelaksanaan PADU dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kita sokong (PADU) cuma kita tengok sehari dua ini ada hal berbangkit berhubung dengan beberapa kelemahan yang dibangkit oleh beberapa pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Penjawat Awam 2024 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Dr Mohamed Fadzli berkata data peribadi ini penting dan mesti dijaga dengan baik bagi mengelak ia diakses oleh pihak lain.

“Jika betul data mudah diceroboh tidak bermakna kita batal (sistem) cuma kita kena atasi sebab data peribadi ini penting dan mesti dijaga. Data peribadi ini sudah berbangkit di Selangor dan ia sensitif. Kita minta jika ada kelemahan atasi dengan segera kerana yang mahu dibuat itu adalah sesuatu yang baik dan kita menyambut baik,” katanya.

Pendaftaran PADU dibuka secara langsung bermula 1 Januari sehingga 31 Mac depan bagi membolehkan orang ramai menyemak dan mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.

Rakyat yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data mereka di portal PADU menerusi https://padu.gov.my.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini