comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Pemandu lori tangki direman empat hari

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Pemandu lori tangki yang terbabit dengan kemalangan dan mengorbankan dua beradik di Simpang Felda Lepar Hilir, dekat sini malam tadi direman empat hari.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nor Izzati Zakaria bagi membolehkan polis menjalankan siasatan kes kemalangan terbabit mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata siasatan kes sedang dilakukan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya dalam tempoh terdekat.

“Pemandu lori berusia 31 tahun itu direman hingga 17 Jun ini dan polis turut mencadangkan lelaki itu didakwa dalam tempoh reman.” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam tadi, kereta dinaiki dua beradik dirempuh dan terpelosok di bawah lori tangki yang membawa muatan petroleum.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu

Akibat kemalangan itu, pemandu Proton Wira, Siti Nur Alia Saffiyah Zulkifli, 18 tahun dan kakaknya Siti Mazurah Zulkifli, 30, berasal dari Felda Lepar Hilir Satu di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku ketika lori tangki dalam perjalanan ke sebuah stesen minyak di Gambang dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta mangsa.

Loading...
Terkini