comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemuda lemas selepas cuba selamatkan rakan terjatuh di Air Terjun Sekayu

 

HULU TERENGGANU: Kegembiraan enam sahabat berkelah di Air Terjun Sekayu di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Syafiq Haikal Sharudin, 25 tahun dipercayai lemas selepas cuba menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang, Zulhisham Mohamad Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.18 pagi sebelum menggerakkan sebuah jentera dan 10 anggota termasuk tiga anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ke lokasi.

Setibanya di lokasi, semua rakan mangsa dan beberapa orang awam berkumpul di tempat kejadian, bagaimanapun mangsa sudah tidak kelihatan di permukaan air.

Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) membuat selaman dan berjaya menemui mangsa tersepit di celah batu pada kedalaman 1.5 meter di lokasi terakhir mangsa dilaporkan lemas.

Mayat Syafiq Haikal yang berasal dari Padang Hiliran, Kuala Terengganu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini