comscore
Tumpuan :
Nasional

PHB tambahan 1 bilion unit Skim Amanah Hartanah Bumiputera

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) melakukan penambahan satu bilion unit Skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk ditawarkan bagi langganan umum.

 

Mengumumkan perkara itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahan buat kali kelima itu, menjadikan jumlah terkumpul AHB sebanyak lima bilion unit.

Beliau turut mengingatkan badan itu dan lain agensi berkaitan agar ada keseimbangan diantara kepentingan komersial dan agenda mengangkat martabat Bumiputera.

“Memastikan bahawa milik itu tidak terlepas. Ada cadangan umpamanya bila ada masalah seluruh aset itu dijual tentu ada keuntungan sementara untuk menampung kerugian yang ada, tetapi ini akan menyebabkan 10 tahun lagi kita tubuh lagi unit Bumiputera kerana gagal setelah berpuluh tahun ditubuhkan,” katanya.

Tumpuan juga katanya harus diberikan kepada usaha penjelasan dan penerangan untuk mendidik dan menggalakan masyarakat mengenai menabung untuk masa hadapan.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) turut mengumumkan peningkatan pelaburan maksimum individu kepada 1 juta ringgit berbanding RM500,000.

Pelaburan minimum individu kekal seratus ringgit.

PHB turut menyasarkan peningkatan nilai aset keseluruhannya kepada RM25 bilion menjelang 2030, ketika ini bernilai 11 bilion ringgit.

Loading...
Terkini