comscore
Tumpuan :
Nasional

PM menghadap Sultan Johor di Istana Bukit Pelangi

Oleh : Juliana Sharin

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pagi tadi.

Berangkat sama ke pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Datuk Seri Anwar memaklumkan dalam sesi mengadap yang berlangsung kira-kira sejam itu, beliau telah menyembah maklum perkembangan terkini negara dan negeri Johor serta isu-isu melibatkan rakyat keseluruhannya.

Beliau turut mendoakan Sultan Ibrahim serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Loading...
Terkini