comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina KLSCAH

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memeriahkan Majlis Tahun Baharu Cina Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dekat Kampung Attap, hari ini.

Ketibaan beliau pada jam 11.45 pagi tadi disambut meriah, dengan kehadiran 500 tetamu yang mengenakan busana berwarna merah.

Turut mengiringi beliau ialah Presiden KLSCAH, Ngan Teng Ye.

FOTO: NSTP

Hadir sama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chan Lih Kang dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Semua tetamu kenamaan kemudian turut menggaul ‘Yee Sang’.

Majlis turut dihadiri wakil pertubuhan bukan kerajaan pelbagai kaum.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini