comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis tahan 3 pemandu mabuk

Op Mabuk yang dijalankan selama dua hari oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di Jalan Pandan Utama dan Jalan Pandan Indah

AMPANG JAYA: Tiga lelaki ditahan polis kerana memandu di bawah pengaruh alkohol di Jalan Pandan Utama dan Jalan Pandan Indah di sini, dalam Op Mabuk yang dijalankan selama dua hari semalam.

Ketiga-tiga lelaki berusia antara 50 hingga 55 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, semua yang ditahan itu didapati memandu dengan tahap alkohol melebihi paras dibenarkan.

“Pemandu dan kenderaan terbabit kemudiannya dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ujian nafas menggunakan alat ‘evidential breath analyzer II’ (EBA II) terhadap ketiga-tiga individu berkenaan mendapati tahap kandungan alkohol dalam darah mereka melebihi had yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, Azam berkata, pihaknya menyita 17 motosikal atas pelbagai kesalahan.

Op Motosikal yang dijalankan di Jalan Kemajuan Kampung Pandan semalam, seramai 39 individu diperiksa dan sebanyak 32 saman dikeluarkan.

“Saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu sah, ubah suai kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, ekzos, topi keledar dan lain-lain kesalahan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini