comscore
Tumpuan :
Nasional

Projek gudang logistik runtuh diarah henti kerja serta-merta

Oleh: Selwam Arjunan

BAYAN LEPAS: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan projek pembinaan gudang logistik yang runtuh hingga mengorbankan tiga nyawa di sini malam tadi, dihentikan kerja serta-merta.

Datuk Bandar MBPP, Datuk A.Rajendran berkata, notis henti kerja dikeluarkan pagi tadi.

“MBPP telah keluarkan notis henti kerja serta-merta pada jam 8 pagi.

“Notis telah diserahkan kepada pemaju projek dan jurutera perunding,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, pagi tadi.

Katanya, sebelum ini projek berkenaan diberi kebenaran untuk dijalankan sepenuh masa dan ia berjalan mengikut jadual ketika kejadian.

“Saya mahu jelaskan bahawa ini adalah projek ‘fast-track’ yang diberi kebenaran khas (oleh MBPP).

“Justeru, kerja-kerja pembinaan boleh dijalankan pada waktu malam kerana ia terletak jauh dari kawasan kediaman,” katanya lagi.

Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, bangunan dalam pembinaan runtuh menghempap 9 pekerja binaan warga Bangladesh yang sedang bertugas.

Tiga orang maut, dua cedera parah, manakala empat lagi dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan.

Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini