comscore
Tumpuan :
Nasional

9 dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan

Oleh: Selwam Arjunan

BAYAN LEPAS: 9 orang pekerja pembinaan dikhuatiri terperangkap dalam kejadian runtuhan bangunan dalam pembinaan, di sini.

Kejadian berlaku di tapak pembinaan Bangunan DHL berhampiran pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.58 malam.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Seri Balik Pulau dan Jalan Perak bergegas ke lokasi untuk operasi carilamat.

“Apabila pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati terdapat runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan.

“Berdasarkan maklumat awal terdapat 9 orang mangsa terperangkap dan kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan.

“Status mangsa terperangkap masih belum diketahui.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini