comscore
Tumpuan :
Nasional

PROLINTAS serah bukti kemalangan kepada polis 

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) menyerahkan bukti kejadian penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata pihaknya amat menyesali dengan kemalangan yang berlaku semalam.

“Kita sedia maklum di media sosial dan media massa, kita dapati kejadian berlaku sebuah motorsikal pengguna yang menunggang melawan arus.

“Pihak kami telah menyerahkan segala bukti kejadian melalui sistem kawalan keselamatan yang ada sepanjang lebuhraya SUKE ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pembukaan SUKE Fasa 2 di Plaza Tol Alam Damai hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya turut meneliti tahap keselamatan sesetengah laluan yang berisiko tetapi rekaan lebuhraya telah mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Lebuhraya ini dibina mengikut spesifikasi tinggi yang telah disahkan pihak berkuasa dan juga pihak jurutera bertauliah,” tambah beliau.

Sementara itu, pihak PROLINTAS turut mengenal pasti beberapa langkah tambahan keselamatan untuk pengguna di masa akan datang.

“Langkah tambahan dari keselamatan trafik aspek trafik adalah tanda amaran tambahan, hebahan dan papan tanda yang kita akan letak di tempat strategik untuk menghindari kejadian sama berlaku di masa akan datang,” katanya.

Semalam seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi, Ahmad Fadzil Omar Azzadin, 62,maut selepas terjatuh dari jejambat Lebuhraya SUKE berhampiran Ulu Kelang.

Allahyarham terjatuh dari jejambat lebuh raya berkenaan dengan ketinggian 30 meter selepas mengelak sebuah motosikal yang dipandu melawan arus tengah hari semalam.

Allahyarham yang menunggang motosikal jenis Ducati Panigale maut di lokasi kejadian dan rakaman CCTV kejadian berkenaan tular menerusi media sosial sejak semalam

Loading...
Terkini