comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU15: Siti Nurhaliza jadi tumpuan di SK Alam Damai

Kehadiran Siti Nurhaliza menjadi tumpuan pengundi dan petugas yang tidak mahu melepaskan berpeluang bergambar dengannya. – Foto IG Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siri Nurhaliza Taruddin, 43, selamat membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Alam Damai, Cheras, sekitar jam 10.50 pagi tadi.

Kehadiran penyanyi kesayangan ramai itu nyata menggamit tumpuan pengundi dan petugas di pusat undian apabila tidak mahu melepaskan berpeluang bertegur sapa dan bergambar dengan penyanyi lagu Purnama Merindu itu.

Terdahulu, menerusi perkongsian dalam Instagram (IG) Story, ibu kepada dua cahaya mata itu menunjukkan kesesakan lalu lintas dan barisan panjang untuk masuk ke bilik mengundi.

Siti ditemani pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata, sebagai rakyat Malaysia, mengundi adalah satu tanggungjawab kepada negara.

“Siapa pun yang bakal dilantik sebagai pemimpin kelak, haruslah menjalankan tanggungjawab dengan berwibawa dan amanah.

“Negara perlukan pemimpin amanah, bertanggungjawab, berwibawa dan mampu menjaga rakyat serta negara dengan baik.

“Tentunya ini menjadi harapan rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Semoga Malaysia terus cemerlang dalam semua aspek ke hadapan,” katanya.- Berita Harian

Loading...
Terkini