comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rapid tambah 200 kakitangan bantu lancar operasi

 

 

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Lebih 200 kakitangan sokongan Rapid KL di empat stesen Transit Aliran Ringan LRT bagi melancarkan operasi perkhidmatannya ekoran ganguan di antara laluan LRT Bandaraya dan Masid Jamek.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Amir Hamdan berkata 34 buah bas perantara percuma turut ditambah.

Katanya tinjauan bermula jam 6.30 pagi sehingga jam 10.30 pagi berjalan lancar.

Dalam pada itu, Amir memaklumkan pihaknya masih tidak dapat memastikan bila perkhidmatan LRT laluan berkenaan kembali normal.

Berhubung kerosakan yang berlaku beliau berkata perunding pakar telah dilantik untuk membuat penilaian.

“Pihak kami telah melantik perunding pakar dan juga kontraktor untuk memberi cadangan dan cadangan ini akan dimuktamadkan dalam masa terdekat untuk kerja pembaikan dijalannkan” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan di LRT Masjid Jamek di sini hari ini.

Semalam, Rapid KL mengumumkan lanjutan waktu puncak LRT laluan Ampang/Sri Petaling dan Monorel dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan di beberapa stesen rel, khususnya di stesen pertukaran Masjid Jamek dan Hang Tuah.

Waktu puncak dipanjangkan dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 pagi berbanding jadual asal iaitu 7 pagi hingga 9.30 pagi, manakala waktu puncak petang pula akan dipanjangkan dari jam 4.30 petang hingga 8.30 malam berbanding jadual asal iaitu 5 petang hingga 7.30 malam.

Loading...
Terkini