comscore
Tumpuan :
Nasional

Safawi, Syifa rai majlis perkahwinan malam ini

PETALING JAYA: Barisan kejurulatihan Harimau Malaya menghadiri majlis perkahwinan bintang bola sepak kebangsaan dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bersama pasangannya yang juga pelakon, Syifa Melvin, di sini, malam ini.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan pembantunya tiba kira-kira jam 8 malam sebelum disambut oleh ahli keluarga Syifa pada majlis yang diadakan sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Namun, kelibat pemain JDT tidak kelihatan kerana mereka sedang mengharungi perlawanan persahabatan menentang kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund di Stadium Sultan Ibrahim.

Kira-kira 300 tetamu hadir pada majlis perkahwinan sebelah perempuan itu dengan mereka berpakaian putih mengikut tema yang ditetapkan.

Terdahulu, pada aksi final Piala Malaysia, kelmarin, Safawi tidak disenaraikan dalam pasukan JDT yang menyaksikan Harimau Selatan menewaskan Selangor 2-1 untuk muncul juara, berikutan sibuk dengan urusan perkahwinannya itu.

Loading...
Terkini