comscore
Tumpuan :
Sukan

Harimau Malaya janji penampilan berbeza

FOTO: Ihsan FAM

DOHA: Di sebalik nada-nada sinis kedengaran selepas tewas 0-4 kepada Jordan pada aksi pertama Kumpulan E, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon, tetap fokus berdepan ujian getir menentang Bahrain malam esok.

Pada sidang media pra perlawanan di Doha hari ini, Pan Gon menegaskan semangat barisan pemain tetap menebal untuk melakukan kebangkitan.

Malah Pan Gon optimis pemain akan turun dengan mentaliti berbeza dengan barisan kejurulatihan pula giat melakukan persiapan rapi bagi memperbaiki segala kepincangan.

“Kami meniti setiap perlawanan untuk mencapai kemenangan, kita ke sini bukan untuk mencatat keputusan seri atau kalah, terutama menentang Bahrain esok, perlawanan yang sangat kritikal, sangat penting untuk kami mencipta kemenangan”, kata Pan Gon pada sidang media itu.

Turut menyedari misi penting esok, yang diumpamakan perlawanan hidup atau mati, pemain pertahanan, Shahrul Saad.

Justeru seluruh kesungguhan akan diberikan untuk mencapai keputusan terbaik dan menjadi suntikan moral pada aksi terakhir menentang Korea Selatan pada 25 Januari.

Pertemuan Malaysia menentang Bahrain dijadual jam 10.30 malam esok di Stadium Jassim Bin Hamad.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini