comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

‘Saya menyesal, kerana di penghujungnya Bella tetap ibu kepada anak-anak saya’ – Aliff

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Sekian lama mendiamkan diri, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz meluahkan rasa kesal atas perbuatannya mengeluarkan cerita buruk terhadap isterinya, Bella Astillah dalam satu temubual di Singapura.

Dalam temubual itu, Aliff dilihat menyesali perbuatannya kerana penghujungnya, Bella tetap ibu kepada anak-anaknya.

Aliff berkata, perbuatannya itu didorong perasaan amarah yang tidak dapat dikawal.

“Ia adalah satu kesilapan. Saya sangat menyesal kerana di penghujungnya, Bella tetap ibu kepada anak-anak saya.

“Tetapi, keadaan itu berlaku ketika saya dalam keadaan marah dan dikuasai dendam,” kata Aliff.

Mengulas mengapa baru sekarang berani untuk tampil bersuara, pelakon itu berkata, dia sengaja berbuat demikian kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Selalunya orang yang bersalah akan menjadi yang terakhir untuk bersuara.

“Kalau saya terlebih dahulu bercakap dan saling berbalas-balas kenyataan, keadaan akan lebih bingit dan situasi bertambah huru hara jadinya,” jelasnya.

Bagaimanapun, ketika ditanya apakah yang ingin diluahkan kepada Bella, Aliff gagal meluahkan kata-kata disebabkan terlalu sebak.

“Maaf,” ungkap Aliff dalam nada suara bergetar menahan tangisan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini