comscore
Tumpuan :
Nasional

“Saya tergerak hati untuk mencari di kawasan hujung anak sungai”

PETALING JAYA: “Saya tergerak hati untuk mencari di kawasan hujung anak sungai walaupun sebelum ini Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melakukan pencarian di lokasi sama.

Individu pertama yang menemui mayat budak lelaki autisme yang dilaporkan hilang sejak kelmarin, menyifatkan hatinya tergerak untuk meninjau di lokasi anak sungai sebelum menemui mayat Zayn Rayyan, 6, dalam keadaan mengiring.

Penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai, Faizol Najib Abdul Naim, 45, berkata, terdetik dalam hatinya untuk meninjau di kawasan anak sungai.

“Sepatutnya saya bersama empat penduduk lain dan dua anggota polis melakukan pemeriksaan di unit kediaman yang diarahkan, selepas kami penduduk dibahagikan kepada beberapa kumpulan namun hati saya tergerak untuk menuju ke kawasan belukar di belakang apartment sehingga menuju ke anak sungai.

Faizol Najib Abdul Naim, 45. – Foto NSTP

“Pada waktu itu keadaan amat gelap dan ketika saya menyuluh ke arah sungai, saya dapati adanya sekujur tubuh dalam keadaan mengiring,” katanya sebaik ditemui BH di kawasan penemuan mayat Zayn.

Faizol Najib kemudian bersama kumpulan pencariannya memeriksa keadaan tubuh itu dan mendapati pakaian serta lencana sekolah adalah sama seperti yang dinyatakan semasa kanak-kanak itu dilaporkan hilang.

“Kami kemudian memaklumkan kepada anggota polis yang ada bersama, sebelum mengetahui dia (Zayn) sudah tidak bernyawa selepas pihak polis melakukan pemeriksaan,” katanya.

Zayn Rayyan, ditemui di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya jam 10 malam tadi.

Mayat kanak-kanak itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari mangsa.

Mangsa ditemui terbaring di sungai yang terletak pada jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya, di Aparment Idaman, Damansara Damai di sini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini