comscore
Tumpuan :
Nasional

SOP pakaian pelancong Islam dan bukan Islam akan diperjelaskan

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Bagi mengelakkan kekeliruan, Prosedur Operasi Standard (SOP) pemakaian antara pelancong Islam dan bukan Islam akan diperjelaskan kerajaan negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris penjelasan mengenai etika berpakaian ini akan terus dilakukan pihaknya.

Jelas beliau sejak pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2022, terutama membabitkan Seksyen 34, iaitu perbuatan atau berpakaian tidak sopan di tempat awam dikuatkuasakan, tiada pelancong bukan Islam dikenakan tindakan dan hukuman.

“Pelancong muslim yang berpakaian mendedahkan mana-mana bahagian tubuh sehingga menimbulkan keghairahan di tempat awam juga tiada yang dikenakan hukuman.

“Kaedah mendidik oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) membuktikan semua pelancong termasuk bukan muslim menerima baik penjelasan diberikan,” katanya kepada media selepas merasmikan Pesta Peranakan Cina, di sini, semalam.

Razali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal menjelaskan, pelancong bukan Islam akan diberi penerangan agar tidak berpakaian melampau sehingga boleh menimbulkan keghairahan.

Loading...
Terkini