comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Kedah kurnia Pangkat Kemuliaan pada Che Puan Nur Julie

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah berkenan mengadakan dan mengurniakan Pangkat Kemurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah kepada Che Puan Nur Julie Ariff.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Norizan Khazali memaklumkan Sultan Kedah mengurniakan Pangkat Kemuliaan itu berkuat kuasa mulai hari ini, iaitu 26 Nov.

Tunku Puan Mahkota Kedah dikurniakan gelaran ini selepas pernikahan baginda dengan Tunku Mahkota Kedah, Datuk Seri Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Loading...
Terkini