comscore
Tumpuan :
Nasional

Tangani kesesakan, Melaka tambah baik laluan kontra 

MELAKA: Berbaki dua minggu lagi sebelum bermula Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 pada 1 Januari, kerajaan negeri Melaka menggiatkan usaha menangani masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tumpuan pelancong.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kaedah itu termasuk meningkatkan keberkesanan laluan kontra ketika sebarang penganjuran acara pelancongan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Beliau berkata, penambahbaikan dilakukan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

PDRM menjangkakan, lebih 30,000 kenderaan luar akan masuk ke Melaka terutama pada malam perasmian TMM 2024 pada 31 Disember ini.

Jelas beliau, penambahbaikan perlu dilakukan kerana kemasukan kenderaan yang terlalu banyak boleh menyebabkan kaedah laluan kontra kurang berkesan.

“Ada beberapa kaedah baru yang kita akan perkenalkan dalam mewujudkan laluan kontra dan kita akan memberikan penambahbaikan kerana saya ingat ramai pengguna masih lagi belum biasa dengan keadaan laluan tersebut yang kita beri dan terdapat beberapa kawasan agak sesak,” ujarnya.

Beliau yakin dengan kerjasama agensi berkaitan, masalah kesesakan itu dapat diatasi dalam tempoh dua minggu.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Program Melukis Mural Sempena TMM 2024 di Balai Polis Melaka Tengah di Bandar Hilir, di sini.

Sebanyak 70 bangunan di sepanjang Sungai Melaka  akan dicat semula sebagai tarikan.

Ia termasuk beberapa tembok bangunan bersejarah yang akan dihias dengan lukisan mural untuk menarik perhatian pelancong.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini